Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRemaja mangsa rogol bapa dibawa ke tempat kejadian, cari bukti baru

    Remaja mangsa rogol bapa dibawa ke tempat kejadian, cari bukti baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang remaja perempuan yang disyaki dirogol oleh bapanya di Kendong, Rembau, Negeri Sembilan telah dibawa ke lokasi kejadian semalam untuk mencari bukti baru berhubung kes tersebut.

    Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad menyatakan bahawa mangsa berusia 17 tahun itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    DSP Hazri juga mengesahkan bahawa tempoh reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu yang tamat pada hari ini akan dilanjutkan dan pihaknya akan meminta tempoh itu dipanjangkan empat hari lagi.

    “Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut. Kita bawa mangsa keluar sekejap dari hospital untuk ke lokasi kejadian dia dirogol iaitu di rumahnya.

    “Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022,” katanya ketika ditemui pemberita di Pekan Kota, Rembau, hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan lelaki itu ditahan kerana dipercayai memukul dan menendang mangsa sehingga cedera selepas remaja itu memaklumkan kejadian rogol itu kepada teman wanitanya.

    Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 akta sama serta Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts