Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Pasir Era di Kuala Krai malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Noorzaidi Mohamed berkata mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Nurul Farisya ditemukan pada kira-kira 7 malam.
Beliau berkata bomba menerima laporan mengenai insiden itu pada 4.16 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Sungai Durian dan BBP Machang dikerah ke lokasi kejadian.
âKejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi di lokasi terbabit bersama rakannya, Rosmaira Maisara Muhamad Azam,13, namun rakannya itu terselamat.
âMayat Nurul Farisya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian oleh abangnya.
âMayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,â katanya ketika dihubungi.
– Bernama