Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRestoran main isu kaum, tarik Melayu saja takkan maju - Chef

    Restoran main isu kaum, tarik Melayu saja takkan maju – Chef

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengusaha restoran yang menggunakan sentimen perkauman dan menyasarkan kaum tertentu sebagai pelanggan tidak akan dapat memajukan perniagaan mereka, kata bekas juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir Zain.

    “Pengusaha perniagaan harus sedar, negara ini berbilang bangsa. Jika mereka hanya mahu mensasarkan pasaran orang bumiputera sahaja, perniagaan mereka sukar untuk meluas,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Zubir sebaliknya menyarankan pengusaha Muslim agar menumpukan konsep “Halalan Thoyyiban” dan bukannya menggunakan sentimen perkauman untuk menarik pelanggan.

    “Industri halal sangat meluas di negara kita, bahkan pengusaha makanan daripada bukan Muslim juga mula mengejar sijil halal demi menarik orang Melayu yang merupakan pengguna terbesar agar membeli produk mereka,” katanya.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken (DFC) yang menerima kecaman berhubung komen di media sosial baru-baru ini.

    Ia bermula apabila pihak pentadbir laman Facebook restoran itu membalas komen seorang pelanggan yang mempersoalkan harga mahal di restoran terbabit.

    Pihak restoran itu kemudian meminta pelanggan berkenaan tidak ‘ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh type C’, yang dipercayai merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

    Restoran yang mendakwa ‘100 peratus bumiputera’ itu kemudian membuat permohonan maaf dengan alasan perkara itu tidak disengajakan. Restoran itu juga mendakwa pentabir laman Facebooknya gagal mengawal emosi setelah membaca komen-komen negatif di media sosial.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna KedahMohamad Yusrizal Yusoff berkata, faktor utama menjadi pertimbangan pengguna dalam menyokong sesuatu perniagaan ialah harga produk yang ditawarkan.

    “Meletakkan beban kesalahan kepada sesetengah kaum adalah perbuatan paling tidak masuk akal,” katanya kepada Malaysiakini.

    Kempen BMF juga gagal

    Tambahnya, isu perkauman tidak akan mendapat tempat dalam perniagaan kerana pada akhirnya pengguna tetap akan memilih sesuatu produk berdasarkan kualiti dan harga yang berpatutan.

    ALSO READ:  Ada balak di balik sawit

    “Dahulu ada kempen-kempen “Buy Muslim First” (BMF) demi mengangkat ekonomi bumiputera.

    “Namun kempen ini gagal kerana akhirnya pengguna akan tetap mengutamakan kualiti barangan dan harga yang lebih murah,” katanya.

    Bagi pengusaha restoran Silomak Mambau, Abdullah Syukri Zahari, peniaga bumiputera harus lebih kreatif memasarkan produk mereka tanpa menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

    Pengusaha restoran nasi lemak itu berkata, perniagaan mereka menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

    “Perniagaan kami Alhamdulillah, maju dan terus berkembang hasil pemasaran kreatif kami di media sosial serta kami juga bijak mengambil peluang menyertai acara-acara besar.

    “Sehingga kini pelanggan kami terdiri 60 peratus orang Melayu, 30 peratus orang Cina dan 20 peratus orang India,” katanya.

    Sementara itu pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abu Hafiz Salleh Huddin, berkata Islam menggalakkan umatnya memajukan ekonomi, namun haruslah didasari oleh etika, selain selaras dengan al-Quran dan Sunnah.

    Merujuk sirah nabi, Abu Hafiz berkata Islam sejak dahulu membenarkan urusan jual beli dengan golongan bukan Islam.

    “Agama kita jelas melarang segala bentuk hinaan kepada bangsa lain. Islam itu sendiri sangat luas dalam muamalah perniagaan selagi perkara itu halal,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts