Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRestoran Ramen ambil tindakan pembetulan polisi potong gaji pekerja

    Restoran Ramen ambil tindakan pembetulan polisi potong gaji pekerja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rangkaian restoran menjual ramen, Kanbe Group berkata pihaknya telah mengambil tindakan pembetulan berikutan kontroversi yang timbul terhadap polisi pemotongan gaji yang dikenakan ke atas sebarang pelanggaran oleh kakitangan mereka.

    “Kami ingin memberi jaminan bahawa kami telah mengambil tindakan untuk menangani kebimbangan ini.

    “Bergerak ke hadapan, kami kekal komited untuk menyediakan gaji yang kompetitif dan mengekalkan kepercayaan yang anda letakkan kepada kami,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

    Bagaimanapun, tiada perincian diberikan berhubung langkah-langkah yang diambil.

    Rangkaian restoran itu mengkhususkan masakan sup daging babi Jepun dan mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu di 163 Kiara Kiara dan Tun Razak Exchange.

    Ia menjadi kontroversi selepas senarai penalti pemotongan gaji bagi pelbagai pelanggaran disebarkan dalam talian. Denda penalti yang dikenakan itu termasuklah pemotongan gaji untuk perkara seperti mengambil cuti sakit atau cuti tanpa gaji, merokok dalam waktu kerja dan mendapat ulasan negatif satu bintang di platform dalam talian.

    Penalti yang dikenakan itu boleh menjangkau sehingga RM500 dan boleh dikenakan terhadap kesalahan individu atau keseluruhan kakitangan termasuk yang bercuti pada hari tersebut.

    Netizen telah mengutuk hukuman tersebut sebagai melampau atau berlebihan dan menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan.

    Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilaporkan berkata pemotongan gaji selain daripada yang dibenarkan secara khusus di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan 1955 adalah haram, dan isu disiplin kakitangan haruslah diatasi melalui langkah-langkah seperti siasatan dalaman.

    Dia turut menggesa kakitangan yang terkesan boleh tampil membuat aduan kepada Jabatan Buruh supaya tindakan lanjut boleh diambil, kata Sim seperti dilapor New Straits Times pada 20 Feb lalu.

    Kesalahan di bawah Akta Pekerjaan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan.

    ALSO READ:  EPF announces four-day system upgrade from Nov 17, online services unavailable

    Dalam kenyataannya hari ini, bagaimanapun, Kanbe menjelaskan pemotongan tersebut merupakan sebahagian daripada pakej pampasan yang merangkumi gaji di atas kadar pasaran dan insentif awal.

    “Perbincangan tertumpu kepada pemotongan dalam insentif ini.

    “Hasrat kami adalah dengan sistem ini ia akan mewujudkan persekitaran yang adil dan saksama di mana kakitangan kami diberi ganjaran sewajarnya atas usaha mereka. Semua kakitangan baru telah diberi penerangan penuh mengenai sistem ini semasa proses pengambilan kerja,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts