Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRibuan serbu tempat pelancongan di Melaka

    Ribuan serbu tempat pelancongan di Melaka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seperti sedia maklum, Melaka sudah semakin terkenal dengan destinasi pelancongan menariknya. Ini terbukti dengan serbuan ribuan pengunjung ke 10 tempat pelancongan popular di Melaka sejak awal pagi selepas kerajaan Negeri memberi tawaran masuk secara percuma sempena cuti umum Negeri bagi memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini.

    10 lokasi itu termasuklah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Themepark, Taman Laut Negeri Melaka, lima Kelab Golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studio.

    Bernama melaporkan bahawa di Zoo Melaka di Ayer Keroh, hampir 20,000 pengunjung telah menyerbunya setakat 2 petang tadi.

    Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis menyatakan bahawa para pengunjung mula berbaris seawal 6 pagi bagi mendapatkan tempat untuk membawa keluarga berjalan-jalan ke pusat konservasi tersebut.

    Beliau turut berkongsikan bahawa pengurusan Zoo Melaka terpaksa memulakan operasi sejam lebih awal iaitu pada 9 pagi berbanding 10 pagi pada hari biasa disebabkan oleh sambutan luar jangkaan.

    Beliau juga menambah bahawa walaupun tiket masuk adalah percuma, pengunjung perlu beratur kerana untuk mendapatkan data kemasukan pengunjung dan memberi keutamaan kepada warganegara Malaysia.

    Di samping itu, Pegawai Komunikasi Korporat Malaysia Heritage Studios (MHS) Aqashah Ghazali turut berkongsi bahawa sebanyak 2,000 pengunjung telah direkodkan setakat 12 tengah hari tadi di tempat pelancongan baharu tersebut.

    Kemuncak sambutan memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu hari ini akan diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts