Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRibut: Puluhan pokok tumbang di sekitar George Town

    Ribut: Puluhan pokok tumbang di sekitar George Town

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Puluhan pokok tumbang dan ranting patah sekurang-kurangnya di 10 kawasan di sekitar George Town ekoran hujan lebat dan angin kencang malam tadi.

    Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera dalam kejadian terbabit.

    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah telah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.

    Kesemua aduan telah disalurkan serta-merta kepada Pasukan Pengurusan Bencana MBPP untuk tindakan segera dan Skuad Pantas MBPP telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja pemulihan di kesemua lokasi berkenaan.

    “Antara kawasan yang terlibat ialah Pintasan Cecil, Taman Bukit Gelugor, Jalan Bell, Park Road, Jalan Biggs, Jalan Cantonment, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Macalister dan Flat Hamna, Jalan Sungai Dua.

    “Bagaimanapun, kerja-kerja di Flat Hamna, Jalan Sungai Dua terpaksa ditangguhkan sementara waktu kerana memerlukan jentera besar serta faktor keselamatan petugas,” menurut hantaran dalam Facebook MBPP hari ini.

    Majlis bandar raya itu memaklumkan pasukan Skuad Pantas MBPP sentiasa bersedia memikul amanah melaksanakan tugas-tugas tanpa mengira waktu dan cuaca demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk.

    MBPP turut merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turut membantu menyegerakan tindakan pemulihan.

    “Terima kasih juga diucapkan kepada semua orang awam yang membantu menyalurkan maklumat atau aduan kepada Hotline MBPP.

    “Sebarang aduan mengenai pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya, sila hubungi Hotline MBPP melalui talian 04-263 7000 atau 04-263 7637 dan 016-2004082 (WhatsApp),” menurut hantaran itu.

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts