Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRibut terbangkan bumbung flat, gerai di Ampang

    Ribut terbangkan bumbung flat, gerai di Ampang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bumbung rumah flat dan bumbung gerai diterbangkan angin kencang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Taman Ampang Hilir, Ampang, di Kuala Lumpur, semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysias (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian itu telah menyebabkan laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut terhalang. Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

    “Bomba terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang tadi untuk kerja mengalihkan bumbung yang menghalang laluan tersebut. Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi kejadian. Kerja pembersihan dijalankan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam sehingga tiada lagi ancaman kepada penduduk,” katanya dalam kenyataan.

    Beliau berkata siasatan serta pemeriksaan diserahkan kepada pihak MPAJ dan polis untuk tindakan lanjut.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts