Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRimau belang 'Yop Kuang' masuk perangkap

    Rimau belang ‘Yop Kuang’ masuk perangkap

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kekejaman penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di Ipoh, berakhir apabila haiwan itu memasuki peranangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, hari ini.

    Penolong Pengarah Kanan Perhilitan Perak Nor Hani Abdul Samat berkata mamalia seberat 156 kilogram dan dianggar berusia enam tahun itu memasuki peranangkap sekitar 11 pagi tadi.

    “Perangkap ini kami pasang semalam (9 Feb) selepas siasatan dilakukan melalui kamera yang dipasang di kawasan laluan harimau itu.

    “Dari segi fizikal, harimau yang kami namakan sebagai ‘Yop Kuang’ ini nampak sihat dan dipercayai daripada populasi harimau Hutan Simpan Bukit Kinta kerana hutan simpan itu hanya terletak 2.4 kilometer dari lokasi peranangkap dipasang,” katanya kepada pemberita di Kampung Ulu Kuang di sini hari ini.

    Beliau berkata kejayaan penangkapan itu membuktikan bahawa Perhilitan Negeri sentiasa mengambil serius terhadap aduan oleh mana-mana pihak terutama berkaitan penemuan haiwan liar.

    Semalam, Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung serangan harimau di kampung berkenaan yang dihuni lebih 2,000 penduduk.

    Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan siasatan awal yang dilakukan pada 8 Feb lepas mendapati ada binatang ternakan penduduk di kampung berkenaan diserang harimau itu.

    Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Kuang Hamdan Ishak, 57, melahirkan kelegaan ekoran kejayaan penangkapan harimau belang itu yang dipercayai mengancam penduduk sejak setahun lepas.

    “Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak Perhilitan atas tangkapan harimau ini dan sudah tentu kami rasa amat lega serta boleh kembali lakukan aktiviti tanpa sebarang rasa takut,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts