Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRisikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat - Mapim

    Risikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat – Mapim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru pihak berkuasa meningkatkan risikan dan mengesan sebarang pergerakan operasi Israel terhadap Malaysia ekoran penahanan seorang warga Israel di Kuala Lumpur, Rabu lepas.

    Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Malaysia menjadi perhatian Israel kerana pendirian tegas negara terhadap Israel.

    “Malaysia tertonjol antara negara yang tegas mengecam Israel dan menggerakkan kempen antarabangsa menyokong Palestin.

    “Rakyat Malaysia juga amat aktif menentang Israel termasuk melancarkan boikot ke atas barangan Israel,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

    Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

    Razarudin berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia menerusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis.

    Mohd Azmi berkata kes berkenaan amat serius dan Mapim menyokong agar tahap kawalan keselamatan terhadap golongan kenamaan termasuk ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditingkatkan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts