Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRizab antarabangsa BNM melonjak ke AS$113.5 bilion

    Rizab antarabangsa BNM melonjak ke AS$113.5 bilion

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkat kepada AS$113.5 bilion pada 29 Dis 2023 berbanding AS$112.8 bilion pada 15 Dis 2023.

    BNM menjelaskan bahawa jumlah rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar Negeri jangka pendek.

    “Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” kata bank pusat itu.

    Sehingga 29 Dis, kata BNM, daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing adalah berjumlah AS$100.9 bilion, diikuti kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (atau SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

    Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).

    Modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), deposit-deposit lain (RM40.02 bilion), kertas BNM (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts