Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRizab negatif: PAC panggil LTAT lepas raya 

    Rizab negatif: PAC panggil LTAT lepas raya 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bertemu dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas hari raya puasa April depan susulan kedudukan kewangannya.

    Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin menyatakan kebimbangan terhadap LTAT susulan kedudukan rizabnya yang negatif.

    “PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan bahawa rizab LTAT berbaki negatif sekali gus menimbulkan persoalan kemampuannya membayar dividen kepada pencarum,” katanya.

    Katanya, semua pihak terlibat akan dipanggil, termasuk tiga pegawai tertingginya yang telah meletakkan jawatan.

    Mas Ermieyati Samsudin (depan, kanan)

    Pegawai-pegawai itu ialah bekas pengarah, bekas ketua pegawai eksekutif serta bekas pengarah strategik kanan.

    PAC juga tidak menolak kemungkinan memanggil Menteri pertahanan memandangkan isu itu amat kritikal kerana melibatkan 122,935 pencarum terdiri daripada kalangan bekas anggota tentera.

    Dalam sidang media di parlimen, Mas Ermieyati berkata keputusan itu dibuat selepas sesi taklimat dua jam daripada ketua audit negara berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022.

    LKAN dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts