Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRombakan kabinet: Anwar belum panggil bincang - Zahid

    Rombakan kabinet: Anwar belum panggil bincang – Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi bahawa akan berlaku rombakan jemaah Menteri dalam masa terdekat. Sebaliknya, dia yang juga timbalan perdana Menteri berkata dia belum dipanggil lagi untuk sebarang rundingan. “Saya belum bincang dengan perdana Menteri lagi. “Dalam wawancara sebelum ini, perdana Menteri menyebut bahawa parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan akan dirundingi terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya dimaklumkan. “Setakat pukul lima petang tadi, belum ada tanda-tanda perdana Menteri memanggil sekurang-kurangnya saya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN untuk dimaklumkan,” dia dipetik sebagai berkata.

    Laporan media menyebut dia berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Halal, di Putrajaya hari ini. Media sebelum ini membuat spekulasi mengenai rombakan kabinet, dengan mendakwa ia akan diputuskan pada mesyuarat kabinet esok. Beberapa portal berita mengaitkan beberapa nama besar dalam komponen BN untuk kembali dilantik sebagai Menteri termasuk Anggota Parlimen Tapah, M Saravanan dan Anggota Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong.

    Mengulas spekulasi rombakan kali ini akan memasukkan nama dua wakil komponen BN iaitu MCA dan MIC, Ahmad Zahid berkata, dia tidak tahu mengenainya. “Saya pun ada dengar (khabar angin) sama dan perdana Menteri tak pernah cakap (bincang perkara itu) dengan saya,” katanya. Zahid berkata, kuasa rombakan adalah kuasa prerogatif dan budi bicara perdana Menteri.

    Terdahulu, khabar angin mendakwa Anwar akan membuat pengumuman esok, kerana dia akan berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis untuk lawatan rasmi. Malaysiakini pada 19 September lalu melaporkan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dijangka bakal dilantik sebagai Menteri perdagangan dalam Negeri dan kos sara hidup (KPDN) yang baru menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub. Turut disebut akan dilantik sebagai anggota jemaah Menteri adalah Naib Presiden Umno, Johari Abd Ghani serta Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden Umno.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts