Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRombakan kabinet: Kenapa Januari, bukan Disember? - PM

    Rombakan kabinet: Kenapa Januari, bukan Disember? – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu mengenai rombakan kabinet dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah berusia setahun masih belum terjawab.

    Wartawan yang bertanya kepada Anwar sama ada akan berlaku rombakan kabinet pada bulan Januari akan datang tidak mendapat jawapan yang memuaskan untuk mengungkapkan persoalan tersebut ketika ditemui selepas Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di Putrajaya malam tadi.

    “Kenapa Januari, tidak Disember?,” kata Anwar sambil berseloroh dan terus berlalu tanpa memberikan sebarang komen lanjut.

    Spekulasi mengenai rombakan kabinet menjadi tumpuan selepas kekosongan jawatan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

    Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts