Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRombakan Kabinet: PM sahkan jemaah Menteri akan bertambah

    Rombakan Kabinet: PM sahkan jemaah Menteri akan bertambah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan mengumumkan rombakan kabinet pada jam 11 pagi ini.

    Katanya, jemaah Menteri akan bertambah tetapi lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.

    “Ada sedikit pertambahan, tetapi saiznya lebih kecil daripada kabinet kerajaan sebelum ini.

    “Sidang media (pengumuman) akan berlangsung pada pukul 11 pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

    Semalam satu notis Bernama kepada media menyatakan lantikan baru akan diangkat sumpah kira-kira jam 2.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur.

    Anwar pada sidang media hari ini juga memaklumkan akan memindahkan sebahagian tugas dan tanggungjawabnya tetapi, dia tidak menyatakan kementerian mana yang terlibat.

    Antara spekulasi dalam rombakan tersebut adalah penggantian kepada Allahyarham Salahuddin Ayub sebagai Menteri perdagangan dalam Negeri dan kos sara hidup (KPDN).

    Antara nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari iaitu naib presiden Amanah dan bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifly Ahmad.

    Selain itu, spekulasi juga menyebut bahawa perubahan lain termasuk membabitkan satu daripada portfolio timbalan perdana Menteri, jawatan Menteri kewangan II, pengwujudan semula kementerian wilayah dan pemisahan sekurang-kurangnya dua kementerian.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts