Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRombakan mengecewakan, tiada luar biasa, kata penganalisis

    Rombakan mengecewakan, tiada luar biasa, kata penganalisis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penganalisis politik bebas Khoo Kay Peng menyifatkan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini sebagai mengecewakan, dengan “tiada yang luar biasa”.

    “Ia bukan transformasi buat kabinet Anwar. “Jawatan Menteri utama dibiarkan sama, bermakna dia yakin pentadbirannya berjalan baik, di sebalik apa yang dicadangkan oleh beberapa tinjauan pendapat,” kata Khoo kepada Malaysiakini.

    Katanya pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri kewangan II adalah tambahan yang baik, tetapi mengingatkan perdana Menteri bahawa adalah lebih afdal jika dia melepaskan jawatan sendiri sebagai Menteri kewangan.

    “Amir adalah tambahan yang bagus tetapi saya tidak pasti sama ada ini masa yang sesuai untuk menariknya keluar daripada KWSP sekarang. “Kami memerlukan tumpuan sebenar terhadap pertumbuhan ekonomi, inovasi, mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi, menggalakkan pelaburan berteknologi dan sudah tentu menangani kemiskinan pada usia tua,” katanya.

    “Saya tidak nampak apa-apa yang drastik di sini. Melainkan seperti kes Indonesia yang mana seorang pengusaha teknologi yang berjaya Sandiaga Uno dilantik sebagai Menteri (pelancongan dan ekonomi kreatif).

    “Kami perlukan seorang canselor sebenar dan ahli strategi ekonomi dalam kabinet. Anwar sepatutnya menjauhi daripada amalan Dr Mahathir iaitu membolot kedua-dua jawatan perdana Menteri/Menteri kewangan. “Ini tidak sihat atau berkesan,” kata Khoo.

    Bagi, penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi pula pelantikan Amir Hamzah membolehkan tokoh korporat terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

    “Dulu kita hanya ada (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku) Zafrul (Abdul Aziz) tetapi (pelantikan Amir) kini membenarkan mereka yang mempunyai latar belakang korporat membantu pentadbiran negara secara mendalam,” katanya kepada Malaysiakini.

    Khoo juga berpendapat membawa kembali Gobind Singh Deo ke kabinet sebagai Menteri digital manakala adiknya Ramkarpal Singh digugurkan sebagai timbalan Menteri undang-undang dan reformasi institusi mungkin ada kaitan. “Gobind mungkin menggantikan adiknya yang sentiasa lebih selesa menjadi backbencher,” katanya.

    ALSO READ:  PH, BN ajak pengundi tolak budaya pecah belah PN

    Tambahnya, walaupun keputusan membawa Dr Dzulkefly Ahmad kembali sebagai Menteri kesihatan mungkin disifatkan betul, namun ini bukan penyelesaian jangka panjang.

    “Dr Dzul seorang yang cekap tetapi dia sepatutnya bersara. Malaysia memerlukan Menteri yang boleh memberi atau menumpukan lebih banyak masa untuk membawa perubahan sebenar melalui dasar dan pelaksanaan yang lebih baik,” kata Khoo.

    Sementara itu, Awang berkata kemunculan semula Dr Dzulkefly, Gobind Singh dan Johari Abdul Ghani menyertai semula kabinet adalah cara Anwar memenuhi “impian rakyat”.

    Dzulkefly dilantik semula sebagai Menteri kesihatan, menggantikan Dr Zaliha Mustafa manakala Gobind dinamakan sebagai Menteri digital dan Johari sebagai Menteri perladangan dan komoditi.

    Mengulas pertukaran Dr Zaliha sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Awang berkata, ia bukanlah satu “penurunan pangkat” kerana ia adalah perananan penting untuk diisi.

    “Tidak ramai yang sedar bahawa ini penting kerana ia jarang mendapat ruang dalam media. Tetapi ia penting terutamanya dalam sektor awam,” katanya.

    Mengenai Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution yang kekal dalam portfolionya meskipun berdepan kritikan orang ramai, Awang berpendapat Anwar mempunyai “kaedah tersendiri” menilai prestasi Menteri.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts