Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRosol Wahid nafi akan isytihar sokongan kepada Anwar

    Rosol Wahid nafi akan isytihar sokongan kepada Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid menafikan dia akan menjadi wakil rakyat PN terbaru yang mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Rosol yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengisytiharan sokongan kepada Anwar, seperti yang disebarkan baru-baru ini.

    “Penyebaran berita palsu itu adalah berniat jahat dan satu tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk menggugat kesepaduan parti dan menjatuhkan imej ahli parlimen PN dan Bersatu.

    “Pendirian saya tetap teguh dan kekal taat setia bersama rakan pemimpin lain meneruskan perjuangan dalam PN,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam tadi.

    Dalam hantaran itu, dia turut melampirkan tangkap layar pautan berita dengan tajuk ‘Sokong PM: Rosol akan keluar kenyataan esok’.

    Setakat ini, seramai lima ahli parlimen PN telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Semalam, Syed Abu Hussin mendakwa seramai “tujuh hingga lapan” lagi ahli parlimen PN akan mengikut jejak langkah mereka.

    Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada ahli parlimen yang akan berbuat demikian dari Bersatu atau PAS, namun berkata ia akan dilakukan dalam masa terdekat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts