Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRozi ganti Ahmad Said pimpin Umno Terengganu

    Rozi ganti Ahmad Said pimpin Umno Terengganu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umno hari ini mengumumkan pertukaran ketua di Johor serta Terengganu dalam usaha memperkasakan parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki.

    Asyraf memaklumkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai pengerusi Umno Negeri yang baru berkuat kuasa serta-merta.

    Onn Hafiz menggantikan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Menteri pendidikan tinggi.

    Turut dimaklumkan perubahan kepimpinan Umno Terengganu apabila Rozi Mamat dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu bagi menggantikan Ahmad Said (atas).

    “Mewakili keluarga besar Umno juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan Mohamed Khaled dan Ahmad atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin Umno Johor dan Umno Terengganu selama ini.

    “Moga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan Umno sebagai wadah perjuangan Bangsa, Agama dan tanah air,” kata Asyraf dalam kenyataan itu.

    Sebelum ini, wujud gesaan supaya Ahmad berundur daripada terus memimpin Umno Terengganu.

    Gesaan dilaporkan dibuat Timbalan Ketua Umno Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang menggesa bekas Menteri besar itu meletak jawatan selepas semua 32 calon BN yang bertanding pada PRN Ogos lalu mengalami kekalahan.

    Wan Ahmad berkata, Ahmad sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan bekas Menteri besar perlu memikul kekalahan teruk dialami Umno, BN.

    Selain itu, BN juga kalah di semua lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Nov tahun lalu.

    Umno terus mencatat kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman apabila calonnya, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tewas kepada calon Ahmad Shamsuri Mokhtar dengan majoriti lebih 37,000.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts