Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRumah tak siap: Pembeli kecewa tuntut pemaju tunai janji

    Rumah tak siap: Pembeli kecewa tuntut pemaju tunai janji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebih kurang 500 pembeli rumah di Taman Residensi Mesra Fasa 1, di Gurun, Kedah merasa kecewa apabila projek perumahan itu gagal disiapkan seperti yang dijanjikan pemaju. Kekecewaan ini menyebabkan mereka terbeban dengan hutang pinjaman perumahan.

    Mereka mendakwa projek itu sepatutnya siap dan rumah boleh diduduki pada Mac lepas, namun sehingga kini tiada kemajuan kerja di tapak projek.

    Mohd Haniffah Hasan, 40, seorang penjawat awam, menyatakan bahawa dia membeli rumah pada pertengahan 2019 dan terpaksa membayar pinjaman perumahan hampir RM1,000 sebulan, namun sehingga kini masih menunggu untuk mendiami rumahnya.

    “Pihak pemaju banyak kali janji projek dah nak disiapkan, tapi sampai sekarang masih sama…masalah ini memberi tekanan pada saya sebab nak kena bayar banyak benda lagi,” katanya semasa sesi perjumpaan dengan pemaju terlibat di Gurun, hari ini.

    Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Baddrol Bakhtiar serta sebahagian pembeli rumah.

    Seorang lagi pembeli, Muhammad Syazlan Fitri Zaidin, 28, berkata dia tidak lagi mampu untuk menunggu lama dan mahu projek itu disiapkan segera kerana beban hutang pinjaman perumahan yang ditanggung semakin menekan hidupnya.

    “Setiap bulan saya bayar RM972, rumah jenis dua tingkat, setahun dah bayar saja, masalah ini dari mula kahwin sampai ada anak, rumah masih belum diduduki dan lepas ini terpaksa sewa rumah lain sementara tunggu rumah ini siap,” katanya.

    Baddrol berkata bahawa menerusi perbincangan yang diadakan hari ini, pemaju berjanji akan menyiapkan projek perumahan itu pada Mei tahun depan.

    “Saya meminta pemaju menepati janjinya itu dan berharap pembeli akan dapat kunci pada tarikh yang dijanjikan dan jika didapati masih gagal berbuat demikian saya akan membawa masalah ini ke pihak atasan,” katanya.

    ALSO READ:  Bayi dirampas: Bagaimana ibu tiada kerakyatan 'hilang' anak di hospital Sabah

    Datuk Kang Hseun Chiang, Pengarah Isaga Utara Sdn Bhd berkata projek itu sudah di peringkat akhir dengan 90 peratus pembinaan sudah siap.

    Katanya, projek yang melibatkan 405 unit rumah teres setingkat dan 144 unit teres dua tingkat itu dimulakan pada 1 Ogos 2019 dan tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 serta menghadapi masalah lain termasuk isu bahan binaan dan kekurangan tenaga kerja.

    “Sekarang projek ini sudah sampai peringkat akhir dan kita sedang buat jalan…kita tak berani bagi tarikh siap terlalu awal, sebab bukan semua kemajuan kerja capai 100 peratus, tapi kita janji kepada pembeli projek siap pada Mei 2024.

    “Sebenarnya, kita mempunyai objektif yang sama dengan pembeli untuk siapkan rumah mampu milik ini dengan segera kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan tangguh pembayaran kepada kami sebanyak 25 peratus sehingga Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan, baru mereka akan bayar,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts