Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRuntuhan gudang: Pekerja tiada caruman Perkeso, majikan berdepan tindakan

    Runtuhan gudang: Pekerja tiada caruman Perkeso, majikan berdepan tindakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lima pekerja asing yang terlibat dalam insiden runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam Selasa lepas didapati ada yang tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

    Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata hasil semakan yang dilakukan oleh kementerian itu mendapati empat daripada mereka, masing-masing dua yang maut dan dua mengalami cedera parah dalam kejadian berkenaan mempunyai rekod pendaftaran dengan Perkeso.

    “Bagaimanapun tiada sebarang caruman dilakukan sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai 2023, manakala seorang lagi mangsa yang maut tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran dan caruman dengan Perkeso,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata semua pekerja asing termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso, berkuat kuasa sepenuhnya 1 Jan 2020 dan kegagalan majikan berbuat demikian jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).


    Mereka  boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya.

    Sementara itu, Sivakumar berkata berdasarkan peranangkaan setakat 31 Okt lepas, lebih 1.88 juta pekerja asing dilindungi menerusi Skim Perlindungan Bencana Kerja mengikut Akta 4, dengan 4,566 insiden kemalangan membabitkan pekerja asing dilaporkan ke Perkeso.

    “Bagaimanapun, jumlah liputan caruman bagi pekerja asing berbanding kemasukan tenaga buruh luar ke Malaysia menunjukkan masih ada segelintir majikan yang ingkar dalam mematuhi peruntukan Akta 4,” katanya.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Selasa, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh maut manakala dua lagi dilaporkan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

    ALSO READ:  Bear kills man picking mushrooms in northern Slovakia

    Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang meletak kenderaan dan gudang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts