Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesRUU berkaitan produk rokok penting dibentangkan segera - Zaliha

    RUU berkaitan produk rokok penting dibentangkan segera – Zaliha

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 30 Nov ini.

    Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini adalah bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas.

    “Rang undang-undang ini penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik akan memudaratkan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dr Zaliha berkata KKM akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini.

    Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan perananti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts