Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSabah belum terima maklumat rasmi projek kereta api laju Borneo

    Sabah belum terima maklumat rasmi projek kereta api laju Borneo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Sabah belum menerima maklumat secara rasmi berhubung pengumuman sebuah syarikat swasta dari Brunei yang berhasrat melaksanakan projek rangkaian kereta api berkejaluan tinggi pertama di Borneo yang turut melibatkan Sabah.

    Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya berkata pihaknya hanya mengetahui dan mendengar pengumuman itu menerusi laporan berita, namun belum ada pemakluman terperinci mengenainya setakat ini.

    “Cuma untuk kereta api Trans Borneo yang dimaklumkan Kementerian Pengangkutan Malaysia akan membuat kajian kebolehlaksanaan dahulu pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

    Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita mengenai sebuah syarikat dari Brunei yang membuat pengumuman menerusi laman sesawangnya.

    Syarikat terbabit mendakwa pelaksanaan projek Trans Borneo Railway itu akan dibina dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

    Shahelmey berkata kerajaan Sabah setakat ini ada menerima beberapa cadangan daripada pelbagai pihak termasuk dari China dan India untuk peranancangan jaringan kereta api namun ia masih di peringkat awal.

    “Buat masa ini Jabatan Keretapi Negeri Sabah lebih tertumpu untuk melihat kajian kebolehlaksanaan mewujudkan semula laluan daripada Tanjung Aru-Sembulan ke Pelabuhan Sepanggar.

    “Itu yang menjadi keutamaan kami dan seterusnya melihat secara lebih umum konsep rangkaian perjalanan kereta api dari pantai barat kepada pantai timur.

    “Bagaimanapun itu semua bergantung kepada (keputusan) kajian kebolehlaksanaan dan skala ekonomi,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts