Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSabah peruntuk RM175 juta program noktahkan miskin tegar tahun depan

    Sabah peruntuk RM175 juta program noktahkan miskin tegar tahun depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Sabah memperuntukkan RM175 juta bagi melaksanakan pelbagai program untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya tahun depan, sidang DUN Sabah diberitahu semalam.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) telah merangka program khusus kepada 22,510 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang merupakan data Locked Figure berdaftar di dalam sistem eKasih.

    “Program, bantuan, susbidi, peluang pekerjaan dan perniagaan dipadankan dengan keupayaan kumpulan sasar iaitu miskin tegar dan tidak berbentuk satu penyelesaian untuk semua,” katanya ketika mengulung perbahasan Belanjawan Sabah 2024 dan teks ucapan yang dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.

    Dia berkata program terlibat adalah MySMJ: Profiler yang melaksanakan profiling miskin tegar bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dan bantuan sesuai.

    Program lain adalah MySMJ: PBT di mana pihak berkuasa tempatan Negeri ini mengambil pekerja sambilan harian dalam kalangan miskin tegar; MySMJ:DO iaitu kerjasama dengan pasar raya bagi memberi pekerjaan kepada kumpulan itu; dan MySMJ:GLC yang menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada anak miskin tegar untuk diserapkan ke badan berkanun Negeri atau syarikat berkaitan kerajaan Negeri.

    Tiga lagi program adalah MySMJ:Industri yang membuka peluang pekerjaan kepada anak miskin tegar dalam sektor swasta dan pelabur industri, MySMJ:Pendidikan yang memberi bantuan persekolahan kepada anak miskin tegar dan MySMJ:Care bagi menambah baik sistem bantuan bulanan kebajikan.

    Hajiji Noor

    Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan sentiasa serius dalam membanteras kegiatan penyeludupan terutama barang kawalan dan bersubsidi antaranya di pantai timur Negeri itu dengan pelbagai operasi bersepadu yang dilaksanakan pelbagai agensi terlibat sepanjang tahun ini.

    ALSO READ:  Bid to smuggle cigarettes, liquor worth RM3.15mil declared as frozen shrimp foiled

    Katanya Polis Diraja Malaysia merampas barangan bernilai RM119 juta melibatkan jenayah itu tahun ini, Eastern Sabah Security Command (Esscom) (lebih RM17.27 juta), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah (lebih RM5.09 juta) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RM2.34 juta).

    “Penguatkuasaan dilaksanakan ini menunjukkan kerajaan sangat komited dalam setiap usaha yang dilaksanakan untuk membanteras penyelewengan terutama yang melibatkan penyeludupan barang kawalan yang seharusnya dinikmati rakyat jelata,” katanya.

    Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan hingga esok.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts