Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSabah sambut baik kabinet baru - Hajiji

    Sabah sambut baik kabinet baru – Hajiji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Sabah komited untuk terus memberi sokongan padu kepada barisan Jemaah Menteri baru bagi memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata rombakan Kabinet itu sudah pasti bertujuan membawa kebaikan bukan hanya dalam sistem pentadbiran tetapi juga hasilnya kepada rakyat.

    “Kita amat mengalu-alukan. Setelah setahun Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, beliau (Anwar) memikirkan perlu ada sedikit perubahan.

    “Rombakan untuk menempatkan mereka (jemaah Menteri) di tempat (kementerian) yang sesuai bagi membantu beliau mentadbir kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan (1963-2023) Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung di Tuaran, hari ini.

    Barisan kabinet diumumkan Anwar hari ini antara lain menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setelah memangku tugas itu sebelum ini.

    Seorang lagi Menteri dari Sabah iaitu Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang, kekal menggalas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

    Hajiji berkata pelantikan Armizan sebagai Menteri KPDN adalah satu perkembangan baik dan diyakini mampu menjalankan tugas di kementerian itu, yang disifatkan sebagai cukup mencabar kerana melibatkan isu-isu kos sara hidup rakyat.

    “Beliau (Armizan) telah menjalankan tugas memangku beberapa bulan dan mungkin kerana itu Perdana Menteri melihat beliau boleh diberi peluang, maka beliau dipindahkan ke kementerian ini (KPDN).

    “Saya yakin beliau boleh menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan Datuk Ewon, saya nampak di bawah kepimpinan beliau kementeriannya memang cukup memuaskan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts