Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama, masjid

    Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama, masjid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM131 juta tahun ini bagi memperkukuhkan lagi pembangunan dan operasi sekolah agama Islam dan masjid serta program kerohanian di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Negeri untuk terus menyokong program berkaitan pembangunan dakwah, sekali gus meningkatkan syiar Islam di Negeri ini.

    “Program berkaitan pembangunan Islam ini dapat kita perkasakan lagi dengan sokongan dan dukungan padu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan agensi-agensi agama Islam yang lain,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Al-Falah, Kepayan, di Kota Kinabalu hari ini.

    Katanya kerajaan Negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.

    Hajiji juga mahu JHEAINS sentiasa mengambil tindakan proaktif melihat dan memantau keperluan masjid dan surau di Negeri ini, termasuk kebajikan dan keperluan para imam dan bilal, selaku tonggak penting kepada institusi masjid.

    “Kita mahu pastikan kebajikan dan keperluan mereka sentiasa dijaga dan diambil perhatian sewajarnya. Insya-Allah, kerajaan Negeri akan sentiasa membuat pemantauan dan pertimbangan terbaik bagi memastikan institusi masjid di Negeri ini dapat bergerak dengan berkesan dan cemerlang,” katanya.

    Menyentuh perananan masjid, Ketua Menteri menegaskan ia perlu diperkasakan seiring dengan modenisasi yang berlaku agar ia benar-benar berfungsi membangunkan insan dan masyarakat ke arah yang lebih progresif dan bertamadun tinggi.

    Katanya, beberapa pendekatan harus diambil dan dijadikan keutamaan dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan insan terutamanya dalam membangunkan masyarakat Islam pada masa kini.

    ALSO READ:  How Macron's 'crazy' Olympics ceremony along the Seine came about

    Beliau berkata, antaranya masjid hendaklah dijadikan pusat keilmuan dan kegiatan keIslaman dengan mengadakan pengajian ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

    “Selain itu, masjid juga hendaklah menganjurkan kelas-kelas ilmiah yang lain seperti pelajaran komputer, sains, matematik dan sebagainya. Bahkan, masjid juga perlu dijadikan sebagai pusat kegiatan hal ehwal wanita, remaja dan kanak-kanak, di samping menjadi pusat ekonomi dalam masyarakat setempat,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts