Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaifuddin: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian

    Saifuddin: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru semalam didapati bertindak sendirian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Saifuddin berkata tindakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

    “Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang.

    “Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan awal daripada temu bual kita dengan individu yang kita panggil bahawa tindakan (serangan) itu berupa tindakan sendirian yang terpisah daripada satu misi besar ataupun satu kumpulan terancang…itu tiada,” katanya.

    Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts