Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaifuddin yakin pengundi India tak termakan umpan pembangkang

    Saifuddin yakin pengundi India tak termakan umpan pembangkang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyatakan keyakinan bahawa pengundi India akan memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu.

    “Walaupun ada pihak meminta masyarakat India berkecuali dan tidak mengundi pada PRK nanti, tetapi saya tidak fikir komuniti India tidak mudah termakan dengan umpan itu.

    “Saya sebaliknya sangat yakin pengundi India akan bertindak secara bijaksana dan memangkah demi masa depan dan kesejahteraan mereka dengan memilih pemimpin dari kerajaan Perpaduan 11 Mei nanti,” katanya di majlis ramah mesra bersama ketua-ketua komuniti India Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, semalam.

    Lebih 100 ketua komuniti India terdiri daripada wakil NGO, parti politik, PIBG sekolah menghadiri ke program anjuran penyelaras parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.

    Sebelum ini, beberapa pihak meminta pengundi India agar boikot PRK atau tidak mengundi calon PH bagi menunjukkan ketidapuasan hati terhadap kerajaan persekutuan hari ini.

    Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bahawa mengundi calon PH yang mewakili kerajaan Negeri dan pusat akan membawa lebih banyak pembangunan di KKB.

    “Jika anda menangkan calon yang dating dari kerajaan Negeri yang sama dengan kerajaan Persekutuan, ia akan memudahkan masyarakat termasuk pengundi India di KKB menyelesaikan segala permasalahan mereka dengan efektif berbanding wakil dari parti lain.

    “Jika anda memilih dan menangkan calon mewakili parti lain, agak susah untuk hendak bekerjasama untuk kesejahteraan masyarakat dan itulah realitinya.

    “Kalau memberi peluang kepada Pang mewakili anda di sini, segala perkara dan isu yang dibawa dari KKB akan menjadi lebih mudah kepada kerajaan Pusat untuk diuruskan dilaksanakan,” katanya.

    ALSO READ:  Devastating wildfires in Hawaii claim six lives

    Dia turut berkongsi kejayaan kerajaan memberikan kelulusan lebih 14,000 permohonan berkaitan isu kerakyatan dalam masa 16 bulan menjadi kerajaan.

    “Walau apa jua keputusan diterima nanti pada 11 Mei ini, kerajaan pusat dan Negeri tetap sama dan tidak akan berubah.

    “Ingat bahawa satu undi anda kita angkat wakil kerajaan Perpaduan dan membantu kuatkan kerajan Negeri dan Persekutuan dan itulah makna dan nilai kepada satu undi yang anda bakal memangkah Sabtu ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts