Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaksi: 90 gambar berunsur lucah dalam data telefon Ebit Lew

    Saksi: 90 gambar berunsur lucah dalam data telefon Ebit Lew

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Majistret Tenom di Sabah hari ini sebanyak 90 keping gambar dipercayai berunsur lucah, ditemukan dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

    Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 43, berkata dia menganalisis data itu, yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat, dan hasil analisisnya pada 10 Mac 2022 menemukan gambar itu serta tiga rakaman video, juga dipercayai berunsur lucah.

    Dia berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria mengenai hasil analisisnya terhadap barang kes, iaitu sebuah pemacu kilat yang diserahkan oleh syarikat LGMS Berhad kepada PDRM.

    Saksi pendakwaan kelapan itu berkata dia mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu supaya boleh dibaca perisian forensik.

    “Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisis data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisis yang disediakan pegawai penyiasat,” katanya pada perbicaraan kes Ebit Lew.

    Yip berkata data dianalisisnya itu turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021 pukul 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 pukul 7.50 pagi.

    Dia berkata dia telah menyerahkan pemacu kilat itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan tahun lepas.

    Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

    ALSO READ:  Mohd Amar dahului senarai 772 penerima darjah kebesaran Kelantan

    Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Perbicaraan di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts