Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Saksi kritikal' sedia fail afidavit sokong Najib tahanan di rumah - peguam

    ‘Saksi kritikal’ sedia fail afidavit sokong Najib tahanan di rumah – peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ‘saksi kritikal’ bersedia untuk memfailkan afidavit untuk menyokong semakan kehakiman bekas perdana Menteri Najib Razak yang mahu menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjara enam tahunnya.

    Peguam utama bekas Menteri kewangan itu Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara berkenaan ketika ditemui media selepas pengurusan kes dalam kamar berhubung perkara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

    Bagaimanapun, peguam itu tidak mendedahkan siapa ‘saksi kritikal’ tersebut.

    Difahamkan, semasa urusan kamar, Shafee memaklumkan kepada Hakim Amarjeet Singh mengenai dakwaan ‘saksi kritikal’ itu.

    Amarjeet telah menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Najib bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap pelaksanaan perintah tambahan yang didakwa oleh Yang di-Pertuan Agong dikaitkan dengan pengampunan separa yang mengurangkan separuh hukuman penjara bekas perdana Menteri itu kepada enam tahun dan mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Pada 1 April, Najib, ketika masih menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung sabitan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts