Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaksi: Najib, pengurusan 1MDB tak pernah lapor penyelewengan dana

    Saksi: Najib, pengurusan 1MDB tak pernah lapor penyelewengan dana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pegawai penyiasat SPRM mendakwa bekas perdana Menteri Najib Razak mahupun pengurusan 1MDB tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat penyelewengan dana syarikat itu sejak 2009.

    Nur Aida Arifin berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

    Saksi ke-49 pendakwaan itu membacakan bahagian akhir pernyataan bertulisnya, susulan pindaan oleh pihak pendakwaan selepas pasukan pembelaan membuat bantahan dengan menyatakan keterangannya penuh dengan cakap dengar dan pandangan.

    “Dana 1MDB telah diselewengkan sejak 2009. Namun, tiada tindakan diambil terhadap (ahli perniagaan dalam pelarian) Jho Low atau mana-mana pihak.

    “Tiada aduan dibuat oleh Najib atau pengurusan 1MDB terhadap mana-mana pihak berkuasa, iaitu SPRM dan polis, untuk menyiasat penyelewengan itu.

    “Najib tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengurusan 1MDB untuk menjauhkan diri daripada Jho Low,” katanya.

    Najib merupakan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB, yang merupakan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts