Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaksi tolak panggilan video dari Ebit Lew

    Saksi tolak panggilan video dari Ebit Lew

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa dia menolak untuk menerima panggilan video daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, sebaliknya hanya membenarkan panggilan biasa sahaja.

    Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani.

    Timbalan pendakwa raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama sebelum itu bertanya maksud teks perbualan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp antara saksi dan tertuduh iaitu “panggilan biasa boleh, panggilan video tidak boleh”.

    “Maksud saya nak panggilan biasa, bukan panggilan video… saya tidak mahu (panggilan video),” katanya ketika memberi penjelasan maksud teks tersebut.

    Saksi itu berkata ada ketikanya Ebit membuat panggilan video kepadanya dan enggan memperlihatkan wajah kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.

    Semasa memberi penjelasan beberapa teks perbualan dalam WhatsApp itu, wanita terbabit tidak dapat menahan sebak sehingga Nor Azizah meminta mahkamah berehat seketika untuk menenangkan saksi.

    Saksi itu membuat penjelasan lebih 200 teks daripada 436 tangkap layar perbualan dalam WhatsApp yang dikeluarkan daripada telefon bimbit saksi melibatkan kes itu.

    Ebit, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Perbicaraan disambung hari ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts