Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaman SRC: 'Bank BSI tergoda dengan bayaran, tak lapor transaksi meragukan'

    Saman SRC: ‘Bank BSI tergoda dengan bayaran, tak lapor transaksi meragukan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bank BSI cawangan Singapura, yang kini sudah tidak beroperasi, “tergoda” dengan saiz bayaran untuk transaksi melibatkan AS$864.5 juta (RM4.09 bilion) dari SRC International, menurut bekas pegawai bank itu, Kevin Swampillai.

    Swampillai berkata demikian dalam salinan pernyataan saksi bagi pihak SRC dalam kes saman syarikat itu terhadap bekas perdana Menteri Najib Razak berjumlah AS$1.18 bilion, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Saman itu berhubung dakwaan transaksi salah melibatkan RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC antara 2011 dan 2012.

    Dalam pernyataan bertulisnya, Swampillai berkata pemindahan lapan peringkat dari SRC ke sebuah akaun menggunakan nama SRC di British Virgin Islands berjumlah AS$864.5 juta antara November 2011 hingga April 2012.

    Swampillai, yang bekerja dengan Bank BSI Singapura dari 2010 hingga 2015, mengakui yang transaksi tersebut (yang melalui Bank BSI) adalah palsu dan dibuat hanya untuk memberikan “ilusi” keabsahan kepada SRC dan pemegang taruh lain di Malaysia.

    Katanya, transaksi itu dibuat atas arahan ahli perniagaan dalam pelarian, Jho Low, dan bank bertanggungjawab untuk melaporkan transaksi meragukan kepada Monetary Authority of Singapore (MAS) dan jabatan hal ehwal komersial polis republik itu.

    Menyifatkan yang Low seperti bertindak dengan pengetahuan Najib, Swampillai berkata transaksi itu memang meragukan memandangkan Jho Low tidak menyatakan maklumat berkenaan destinasi akhir wang tersebut.

    Dia juga berkata Bank BSI tidak mematuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang untuk mendedahkan atau melaporkan transaksi itu kepada MAS.

    “Setakat pengetahuan dan pemahaman saya, Bank BSI gagal untuk berbuat demikian kerana ia mungkin ‘tergoda’ dengan saiz bayaran yang diperolehinya bagi transaksi-transaksi itu.

    “Ini menyebabkan Bank BSI Singapura gagal dalam piawaian kawal selianya,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Isu KK Mart: PM ingatkan jangan ambil tindakan sendiri

    Pendegaran di depan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts