Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaman SRC: Bank tak semak dakwaan Jho Low mewakili Najib - saksi

    Saman SRC: Bank tak semak dakwaan Jho Low mewakili Najib – saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas jurubank dengan cawangan Bank BSI Singapura yang telah ditutup memberi keterangan bahawa bekas majikannya tidak pernah menyemak semula dakwaan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) memetik nama bekas perdana Menteri Najib Abdul Razak.

    Semasa perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap tuntutan SRC International berjumlah AS$1.18 bilion (RM5.5 bilion) terhadap Najib, Kevin Swampillai berkata Jho Low sentiasa memetik nama Najib apabila berurusan dengan pengurusan bank itu.

    Semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, saksi bagi plaintif kes SRC itu berkata bahawa Jho Low mengaitkan dirinya dan bekas perdana Menteri itu.

    Swampillai memberitahu mahkamah bahawa Jho Low membuat dirinya kelihatan seperti penasihat kepada Najib dan bahawa dia ditugaskan untuk mengawasi pelaburan SRC.

    Shafee: Tindakan petik nama (Najib) ini tidak pernah disemak oleh bank?

    Swampillai: Tidak pernah.

    Shafee: Memetik nama seseorang adalah satu budaya di Malaysia, ada perkataan untuknya, ‘jual nama’.

    Swampillai: Saya maklum.

    Shafee: Jual nama, jika anda tidak menyemak, anda akan menganggap seseorang terlibat dalam transaksi itu, melainkan anda buat semakan.

    Swampillai: Ya.

    Apabila Shafee bertanya sama ada tiada sesiapa dari cawangan Bank BSI membuat pertanyaan sama ada Najib atau kerajaan Malaysia memberi kebenaran berbilion ringgit dana melalui bank daripada SRC, Swampillai bersetuju.

    Perbicaraan di hadapan hakim mahkamah sivil Ahmad Fairuz Zainol Abidin disambung Isnin depan.

    Pada 2017, bank pusat Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS), mengarahkan BSI Bank Limited ditutup di republik pulau itu, memandangkan dakwaan pelanggaran serius terhadap keperluan antipengubahan wang haram, pengawasan pengurusan yang lemah terhadap operasi bank dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank itu.

    ALSO READ:  KPDN rampas 153 cermin depan kenderaan disyaki tiruan

    Pada 23 Okt 2020, MAS mengenakan larangan seumur hidup ke atas Swampillai berhubung urusan 1MDB.

    Menurut portal web rasmi MAS, Swampillai dan pegawai bawahannya ketika itu, Yeo Jiawei, telah menyalurkan sebahagian daripada yuran pengurusan dana atau “keuntungan rahsia” – iaitu AS$5 juta (RM23.5 juta) – kepada entiti yang dimiliki secara benefisial oleh Swampillai, tanpa pengetahuan dan kebenaran BSI.

    Pihak berkuasa Singapura berhujah bahawa keuntungan rahsia itu adalah berkaitan dengan kedua-dua mereka yang telah membantu 1MDB dalam menstruktur semula beberapa kepentingan usaha samanya.

    MAS juga mendakwa bahawa Swampillai “sengaja membuat salah nyata kepada juruaudit 1MDB, KPMG Malaysia, dalam usaha untuk mempengaruhi secara tidak wajar hasil audit yang dijalankan oleh mereka ke atas pelaburan dana fidusiari 1MDB”.

    Dalam tuntutan mahkamah itu, SRC, bekas anak syarikat 1MDB, mendakwa Najib melakukan penipuan pelanggaran tugas sebagai penasihat emeritus SRC ketika itu. 1MDB juga dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

    Dakwaan SRC dikaitkan dengan RM4 bilion pinjaman yang diterima daripada KWAP antara 2011 dan 2012.

    Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan juga didenda RM50 juta, susulan pengampunan separa diraja yang mengurangkan hukuman awal penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

    SRC telah diperbadankan sebagai syarikat tujuan khas pada 7 Jan 2011, untuk melabur dalam tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, sumber asli dan sektor mineral.

    Peguam Kwan Will Sen mewakili SRC.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts