Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSambut pelajar usah sampai jatuhkan maruah guru

    Sambut pelajar usah sampai jatuhkan maruah guru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan guru menyambut pelajar di pintu pagar sekolah khususnya pada hari pertama tidak wajar dibuat berlebihan.

    Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkata proses tersebut sepatutnya dilaksanakan mengikut kerelaan dan tidak berbentuk paksaan seperti mengenakan sesuatu maskot.

    Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, yang dihubungi Malaysiakini memberitahu jika tidak diuruskan dengan betul langkah berkenaan sebaliknya boleh memberi tekanan emosi kepada pada guru.

    “Pihak pentadbir jangan terlalu ingin menunjukkan kelainan sehingga memaksa guru-guru terbabit mengenakan maskot atau menyanyi untuk menyambut kedatangan murid.

    “Kami sering kali tegaskan bahawa cikgu harus difokuskan kepada tugas hakiki iaitu mendidik anak bangsa,” katanya.

    Fouzi Singon

    Tambah Fouzi jika pihak sekolah mahu membuat sebarang aktiviti sampingan, biarlah guru terbabit sendiri yang berminat dan rela hati melakukannya, bukan hasil paksaan.

    Tanpa tindakan yang betul, katanya, maruah seseorang guru mungkin jadi pertaruhan jika mereka bertindak – seperti memakai maskot atau kebudak-budakan – hasil paksaan pihak pentadbiran.

    KPM sebelum ini mengarahkan agar minggu pertama sesi persekolahan tidak diisi dengan sebarang kelas akademik.

    Melalui arahan itu KPM menyarankan pihak sekolah membuat program yang dapat mewujudkan suasana menyeronokkan pelajar pada minggu pertama mereka.

    Agar pelajar terhibur

    Pada pembukaan sesi kali ini – yang bermula pada Ahad atau Isnin lalu – beberapa sambutan ‘unik’ dilaporkan media membabitkan kreativiti guru-guru semasa menyambut kedatangan murid pada hari awal persekolahan.

    Antara watak yang dipamerkan ialah katak, panda dan dinosaur.

    Sementara itu Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hassan, melihat perbuatan begitu bukanlah satu kesalahan.

    Bahkan, katanya, ia wajar digalakkan selagi ia tidak sampai ke tahap keterlaluan atau melibatkan paksaan ke atas guru.

    ALSO READ:  Tok Mat, Tengku Zafrul arrive in Vientiane for Asean Summit

    “Saya melihat langkah kreatif yang diambil oleh pihak sekolah ini sangat wajar dilaksanakan terutamanya untuk pelajar tahun satu yang masih berasa takut dan tidak biasa dengan suasana sekolah.

    “Jadi saya melihat dengan mengenakan maskot, pelajar-pelajar akan berasa gembira dan terhibur,” jelasnya kepada Malaysiakini.

    Gambar hiasan

    Mohamad Ali berkata PIBGN juga tidak melihat perbuatan mengenakan maskot adalah perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

    “Bagi saya memakai maskot bukanlah satu perkara memalukan selagi mana tidak bertentangan dengan agama.

    “Perbuatan tersebut menyenangkan pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya.

    Biro Pendidikan Pemuda PKR pula menyatakan galakan guru menyambut pelajar di pintu masuk sekolah boleh memberikan motivasi yang tinggi kepada mereka.

    Tak hirau guru jadi maskot

    Memetik laporan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) AS, pengerusinya biro tersebut, Ooi Mei Mei, berkata ia menekankan kepentingan untuk memberi dorongan dan sokongan emosi kepada pelajar.

    “Langkah itu boleh meningkatkan rasa keterikatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah,” katanya.

    Ooi menambah dengan menciptakan persekitaran yang riang dan mesra di sekolah, guru-guru dapat menanam rasa kebersamaan pelajar terhadap tempat mereka menuntut ilmu.

    Bagi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), mereka berpendapat isu berkenaan perlu diperbesarkan atau dianggap membebankan guru.

    Presiden PKPIM Muhammad Dzul Aiman Zulkefly berkata sambutan tersebut hanya dilakukan pada hari pertama atau minggu awal persekolahan.

    “Kami tidak rasa perkara itu membebankan kerana guru itu sendiri sudah dilatih mendidik pelajar dengan pelbagai bentuk pendekatan,” katanya.

    Sementara itu Malaysiakini turut menghubungi beberapa guru untuk mendengar pandangan mereka.

    Nurmuhaina Mohamad

    Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher di Kota Bharu, Kelantan, Noormazlin Bahauddin, berkata kebanyakan guru memang secara rela hati mengambil sesuatu inisiatif untuk menceriakan suasana hari awal persekolahan.

    ALSO READ:  Cricket-De Silva hails Kamindu influence

    “Sepengetahuan saya guru-guru yang terlibat kebiasaannya memang suka melakukan perkara yang dapat menggembirakan anak murid mereka.

    “Tiada bebanan buat mereka apabila melihat anak murid ceria dengan perbuatan begitu,” katanya

    Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8 Kota Damansara, Nurmuhaina Mohamad, memberitahu sekolah itu juga mengambil inisiatif sama namun kurang mendapat perhatian pelajar.

    “Saya melihat kebanyakan pelajar tidak menghiraukan guru yang mengenakan maskot. Mungkin sebab mereka sudah dewasa.

    “Saya agak kasihan juga melihat guru yang bertungkus-lumus memakai maskot ini untuk menghiburkan pelajar,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts