Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSamsuri bentang belanjawan ketika kempen kian rancak

    Samsuri bentang belanjawan ketika kempen kian rancak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KEMAMAN | Calon PN Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat berdepan keterbatasan waktu untuk fokus dalam kempennya ketika hari mengundi semakin hampir.

    Berbaki kurang dari seminggu, Menteri Besar Terengganu itu tetap menjalankan tanggungjawabnya apabila komited terhadap persidangan dewan undangan Negeri (DUN) yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini.

    Persidangan DUN kali ini penting kerana membabitkan pembentangan Belanjawan Terengganu 2024.

    Menerusi siaran langsung di Facebooknya hari ini, Adun Ru Rendang itu membentangkan belanjawan berimbang membabitkan peruntukan RM1.860 bilion untuk perbelanjaan mengurus termasuk RM500 juta caruman kepada Wang Kumpulan Pembangunan.

    Menurutnya, melalui perbelanjaan mengurus, sebanyak RM84.77 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan dan RM1.775 bilion bagi perbelanjaan bekalan.

    “Bagi perbelanjaan bekalan iaitu sebanyak RM278.30 juta untuk emolumen, RM251.48 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM23.86 juta untuk aset, RM1.220 bilion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM1 juta untuk perbelanjaan lain.

    “Di bawah perbelanjaan pembangunan pula, sebanyak RM425.19 juta (85.04 peratus) diperuntukkan untuk sektor sosial; RM44.10 juta (8.82 peratus) untuk sektor pentadbiran; dan RM30.71 juta (6.14 peratus) untuk sektor ekonomi,” katanya yang membentangkan belanjawan bertemakan ‘Menerajui era baru Terengganu’.

    Sementara itu bagi hasil Negeri pula, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan Terengganu menganggarkan sejumlah RM1.860 bilion iaitu RM80.06 juta daripada hasil cukai, RM169.01 juta daripada hasil bukan cukai dan RM1.610 bilion daripada terimaan bukan hasil termasuk dana khas kerajaan persekutuan iaitu bayaran hasil petroleum.

    “Saya dengan rasa rendah diri amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan pasukan saya untuk terus memimpin kerajaan ini dalam ‘Meneraju era baharu Terengganu’ bagi membina masa hadapan yang lebih cerah untuk Negeri yang kita cintai ini,” katanya.

    ALSO READ:  Kes remaja bunuh bayi: Perlu ada belas kasihan - aktivis

    Untuk rekod, Ahmad Samsuri berdepan saingan calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam perebutan kerusi Parlimen Kemaman pada 2 Dis nanti.

    Sementara itu Ahmad Samsuri yang juga naib presiden PAS menggariskan tiga identiti melalui belanjawan kali ini.

    Pertama, jelasnya, kerajaan Negeri mesti menjadi sebuah kerajaan yang lebih berkesan dengan memberikan perhatian dan prihatin dengan pelbagai pandangan, memperkemas dan meringkas bermacam-macam prosedur, serta menerima guna teknologi dalam lebih banyak perkara.

    “Kedua, semua pemimpin dan pegawai kerajaan pula – bermula daripada saya sendiri, exco dan Adun serta ketua-ketua jabatan – mesti menjadi inspirasi kepada para kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan menjunjung tinggi nilai integriti, walk the talk dan berhubungan baik dengan semua.

    “Para kakitangan kerajaan juga diingatkan supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab agar perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih cekap dan cepat kepada rakyat.

    “Ketiga, rakyat juga harus diperkasakan dan bermaklumat, mengambil bahagian dalam isu-isu dan aktiviti kemasyarakatan serta menjadi lebih berdikari dengan keupayaan sendiri,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts