Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Sang Kelembai’ didakwa buat hantaran jelik berhubung vaksin di FB

    ‘Sang Kelembai’ didakwa buat hantaran jelik berhubung vaksin di FB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penulis blog “Sang Kelembai” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook miliknya, empat tahun lepas.

    Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 72, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Facebook “Zaharin Mohamad Yasin”, pada 2.03 pagi, 21 Dis 2020.

    Hantaran itu dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 3 petang, 22 Dis 2020, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

    Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan OKS tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes itu sepanjang kes berlangsung.

    Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abd Zarin memohon jaminan rendah kerana OKS yang merupakan pesara syarikat swasta dan pernah bekerja sebagai pengamal media dan penulis mempunyai penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.

    “OKS mempunyai empat anak dengan seorang daripadanya masih belajar di universiti. Isterinya yang merupakan suri rumah akan menjadi penjamin dan menggunakan duit simpanannya untuk membayar jaminan,” kata peguam itu.

    Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 26 Feb ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts