Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Sanggup redah trafik berjam-jam nak beraya ke rumah kawan'

    ‘Sanggup redah trafik berjam-jam nak beraya ke rumah kawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KISAH MUHIBAH | Pada bulan April, Malaysiakini menjalankan kempen meminta pembaca berkongsi dengan kami kisah kehidupan mereka, yang mencerminkan semangat muhibah Malaysia.

    Niat kami ingin berkongsi rakaman saat rakyat berbilang kaum dan agama negara ini berkumpul bersama, baik menyambut pelbagai perayaan, membantu antara satu sama lain mahupun menikmati kehidupan seharian mereka.

    “Mari kita berganding bahu untuk menyuburkan kemajmukan dan keharmonian!”

    Untuk menyumbang, kami meminta anda menghantarkan gambar yang memaparkan pengalaman ‘muhibah Malaysia’ dengan kapsyen pendek berkongsi kisah mereka.

    Bulan ini, kami akan memaparkan beberapa penyerahan anda yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menghargai satu sama lain – walaupun kadang-kadang, ia mungkin berasa sebaliknya.

    Hari Raya istimewa

    Sebuah kisah muhibah yang dikongsikan oleh Intan Ayuni Aziz.

    Tangkap layar video TikTok Intan Ayuni yang merakam ketibaan rakan sekerjanya ke rumahnya di Perak.

    “Saya membesar dalam suasana muhibah sejak dari bangku sekolah lagi, jadi pergaulan dengan pelbagai bangsa ia bukan sesuatu yang asing untuk saya. Namun, apa yang terjadi pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini istimewa bagi saya. “

    “Pada Hari Raya kedua, rakan-rakan sekerja saya yang etnik Cina bertandang dari Kuala Lumpur ke rumah keluarga saya di Perak untuk menyambut Hari Raya bersama kami.”

    @intan.ayunii Effort dorang nak datang kita kasi A+. Selamat Hari Raya Gengg!!!🌸 #raya2024 #raya #lebaran2024 #fyp ♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) – Cempaka Remic

    “Saya menaikkan video kami menyambut Hari Raya bersama-sama di akaun TikTok saya, dan teruja melihat ia menjadi viral sehingga mendapat perhatian beberapa stesen radio dan laman berita.”

    “Kisah saya adalah bukti rakyat Malaysia tidak semakin berpecah, tapi sebaliknya kita masih bersatu dan hidup secara harmoni di dalam negara yang unik ini.”

    Taman ini untuk semua

    Kisah muhibah daripada Lim Swee Fatt.

    Anggota kejiranan menghadiri sambutan perayaan yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Kuang, Chemor, Perak.

    “Taman Rekreasi Kuala Kuang di Chemor, Perak, dilancarkan oleh sekumpulan penduduk kampung sepuluh tahun yang lalu, di mana mereka mengubah tapak kosong menjadi taman. Ia mempunyai laluan siar kaki mengelilingi padang, dihiasi dengan pokok, bunga dan peralatan senaman.”

    “Setiap hari bermula pada pukul 5 pagi, penduduk dari kampung dan kawasan berdekatan yang merangkumi pelbagai peringkat umur dan kaum berkumpul untuk bersenam, berlari dan menghadiri kelas senaman seperti tai chi dan aerobik. Remaja dan kanak-kanak biasanya berkumpul pada petang hari untuk bermain dan bersukan.”

    “Pengurusan taman ini dilakukan oleh penduduk kampung yang berdedikasi, tanpa mengira jantina, kaum atau umur. Mereka membantu dalam kerja-kerja kebun, menyiram pokok, memotong rumput dan membersihkan sampah.”

    “Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru, Hari Raya, Hari Wanita Antarabangsa, Hari Kebangsaan, dan Perayaan Kuih Bulan, taman ini menjadi tempat perayaan di mana penduduk dari pelbagai kaum berkumpul bersama untuk merayakan.

    Saya berharap untuk terus mendapat sokongan dan kepaduan dalam menjaga taman rekreasi ini, melintasi perbezaan dan memberikan contoh positif kepada semua.”


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan semasa berita!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts