Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSanusi dakwa 'plot' di balik siasatan rasuah terhadap CEO KFA

    Sanusi dakwa ‘plot’ di balik siasatan rasuah terhadap CEO KFA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berikrar untuk mendedahkan komplot yang didakwanya telah menyebabkan kepada penahanan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron kerana terbabit dakwaan rasuah.

    Sanusi, yang juga presiden KFA, dilaporkan mendakwa penahanan Zulkifli dan tiga individu lain itu satu kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

    “Tak ada sesiapa pun antara mereka itu kaya, semua miskin papa kedana. Ada yang nak isi minyak kereta pun tak mampu.

    “Ada diberhentikan kerja dan sedang cuba bina semula kehidupan dengan mengusahakan pelbagai kerja.”

    “Kalau depa (mereka) dapat habuan RM6 juta, depa tak semiskin itu,” kata Sanusi seperti dipetik Harian Metro.

    Sanusi berkata KFA sejak penubuhannya telah membiayai aktivitinya melalui sumbangan derma, tetapi tidak sampai ke tahap rasuah kerana ia tidak mempunyai akses kepada mana-mana projek yang memerlukan kelulusan daripada kerajaan.

    “Sewaktu KFA nazak dengan hutang puluhan juta ringgit tidak ada siapa peduli. Gaji pemain dan bayaran kepada badan berkanun terhutang puluhan juta, tak ada siapa peduli.

    “Bila kita mula selesaikan sedikit demi sedikit di samping membiayai keperluan semasa pasukan, ada pihak iri hati dan dengki. Bila pasukan sudah diswastakan KFA mampu tarik nafas lega sedikit tetapi masih beri komitmen untuk terus bayar hutang kepada pemiutang,” kata Sanusi lagi.

    ‘Ganjaran bantu dapat projek’

    Semalam, media melaporkan SPRM memperoleh perintah reman tiga hari sehingga esok terhadap empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah persatuan bola sepak di Negeri utara negara itu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan lebih RM6 juta pada 2020.

    ALSO READ:  Siasatan Bukit Aman: Ratu Naga berhak berdiam diri, kata LFL

    Empat individu berusia antara 40 dan 60 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah antara jam 5 petang hingga 6.30 petang Khamis.

    Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai sebagai ganjaran kerana membantu pemilik syarikat mendapatkan kontrak projek pembinaan litar perlumbaan dan pengurusan, operasi dan penyelenggaraan lima takungan air di Kedah.

    Mengulas lanjut, Sanusi menyifatkan dakwaan terhadap individu berkenaan sebagai fitnah.

    “Itu semua fitnah, saya akan bongkar plot ini bila tiba masanya. Tender loji air dibuat secara terbuka dan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan.

    “Dasar itu dibuat pada waktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan selama 22 bulan. Tak ada campur tangan dan tak ada jalan untuk campurtangan dalam urusan tender terbuka,” katanya.

    Sanusi juga menegaskan syarikat yang diberikan tender dalam tempoh tersebut telah bergelut kos harga bahan yang meningkat dan oleh itu tidak ada cara bagi mana-mana pihak mampu untuk menderma jumlah RM6 juta yang disebut itu.

    Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim telah mengesahkan penahanan mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts