Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSanusi hargai maklum balas baik PM, kelulusan segera projek di Kedah

    Sanusi hargai maklum balas baik PM, kelulusan segera projek di Kedah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar permintaan kerajaan Negeri berkaitan projek pembangunan di Kedah.

    Beliau berkata semasa Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah yang berlangsung hari ini, Perdana Menteri telah memberikan maklum balas yang baik terhadap permintaan kerajaan Negeri dan turut memberikan kelulusan segera kepada beberapa projek.

    “Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang turun ke Negeri-Negeri dan hari ini di Kedah agak harmoni dan kita terus sampaikan hasrat kita kepada Perdana Menteri.

    “Respons yang baik daripada Perdana Menteri, mana permintaan yang boleh lulus, beliau terus lulus, mana yang perlu kepada perincian daripada kementerian, beliau tanya terus kepada Ketua Setiausaha kementerian terbabit,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

    Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.

    Beliau berkata antara projek yang diutarakan oleh kerajaan Negeri untuk kelulusan dan bantuan fiskal daripada Kerajaan Persekutuan ialah kemudahan infra di kawasan kampung tersusun serta bantuan pengekalan tanah sawah.

    Muhammad Sanusi berkata turut dibincang penyelesaian terhadap penempatan penduduk di Kampung Bukit Malut, Langkawi dan kerajaan Negeri bersedia membantu Kerajaan Persekutuan.

    “Cadangan daripada Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tadi ada… beliau cadangkan supaya disegerakan penyelesaian isu di Bukit Malut, Langkawi dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri, kita ready dah itu,” katanya.

    Terdahulu, Anwar meluangkan masa lebih sejam mendengar taklimat pembangunan Negeri pada mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

    ALSO READ:  Factbox-Top Indian opposition leaders accused of financial crimes

    Turut hadir Saifuddin Nasution, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts