Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSanusi tolak idea apungkan harga beras tempatan

    Sanusi tolak idea apungkan harga beras tempatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menolak cadangan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani agar kerajaan mengapungkan harga beras putih tempatan (BPT).

    Menurutnya, tindakan mengapungkan harga BPT hanya akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah terutama penduduk luar bandar tidak mampu membeli bahan makanan tersebut.

    “Harga beras tempatan RM2.60 sekilogram (kg) sekarang pun, ada yang bergelut untuk beli.

    “Bukan semua orang ada kemampuan, orang pekan (bandar) bolehlah beli.. orang kampung tak boleh, kedai runcit biasa jual sekilo-sekilo.

    “Jadi kalau diapungkan, saya takut lebih ramai tidak mampu beli beras tempatan lagi,” katanya ketika ditemui di Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, hari ini.

    Isnin lalu, Johari ketika berucap pada sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, mencadangkan idea berkenaan kerana melihat kurangnya bekalan BPT berbanding beras putih import (BPI) ketika ini.

    Katanya, perbezaan harga yang ketara antara BPT berbanding BPI menyebabkan bekalan BPT kurang di pasaran tempatan.

    Dalam pada itu, Sanusi menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang memberi kenaikan kepada harga lantai belian padi kepada RM1,300 setan metrik pada pembentangan Belanjawan 2024, minggu lalu.

    “Terima kasihlah.. naik RM100, tapi tak cukup, saya harap boleh lebih daripada itu, kalau RM1,700 apa salahnya,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts