Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSAR mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian diteruskan malam ini

    SAR mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian diteruskan malam ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pekerja yang dipercayai terperanangkap di bawah runtuhan bangunan sebuah resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian di Kuala Besut diteruskan malam ini.

    Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kekuatan anggota SAR telah ditambah termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menjadikan keseluruhan kekuatan sebanyak 84 anggota malam ini.

    “Ketiadaan jentera berat yang sukar dibawa masuk berikutan lokasi kejadian jauh dari daratan menyebabkan anggota penyelamat terpaksa melakukan pencarian secara manual melibatkan timbunan runtuhan setinggi hampir sembilan meter dari bangunan tiga tingkat itu.

    “Pasukan penyelamat sedang sedaya upaya menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan saki-baki runtuhan tidak menghempap mangsa yang dipercayai berada di tengah-tengah bangunan,” katanya.

    Difahamkan keadaan cuaca di lokasi kejadian adalah baik, selain terdapat kemudahan pencahayaan bagi meneruskan operasi pencarian pekerja lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Suparno itu, malam ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts