Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSarawak terima tambahan 1.5 juta liter diesel

    Sarawak terima tambahan 1.5 juta liter diesel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sarawak telah menerima tambahan kira-kira 1.5 juta liter diesel susulan terputusnya bekalan bahan api itu di beberapa stesen minyak Petronas di Negeri itu, baru-baru ini.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak memaklumkan bahawa penghantaran bahan api itu telah dijalankan oleh syarikat minyak berkenaan hari ini.

    “Pemantauan dan pemeriksaan (bekalan) akan terus dijalankan KPDN,” menurut KPDN Sarawak dalam kenyataan semalam.

    Rabu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di Negeri itu.

    Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di Sarawak dibangkitkan oleh Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen pada Isnin yang berkata situasi itu sudah berlaku sejak dua minggu lepas.

    Menurut Chong kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di Negeri itu tidak mencukupi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts