Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaringan mental antara khidmat klinik kesihatan bergerak - Exco Johor

    Saringan mental antara khidmat klinik kesihatan bergerak – Exco Johor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Saringan kesihatan mental antara perkhidmatan yang akan ditawarkan bersama Klinik Kesihatan Bergerak yang diwujudkan secara berperingkat mulai tahun depan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata inisiatif itu antara usaha kerajaan Negeri bersama pelbagai pihak dalam usaha membina kesedaran berhubung pencegahan bunuh diri, pengesanan awal kes bunuh diri dan intervensi serta rawatan.

    Beliau berkata topik kesihatan mental sering dibincangkan khususnya selepas pandemik Covid-19, justeru beberapa strategi telah dilaksanakan bagi membantu masyarakat menangani isu kesihatan mental yang diharapkan dapat mengurangkan tindakan bunuh diri.

    “…terdapat penurunan kes bunuh diri pada tahun lepas dengan sebanyak 115 kes dilaporkan berbanding 140 kes pada 2021,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri hari ini.

    Menurut Ling daripada 115 kes itu, 97 kes melibatkan golongan lelaki manakala lebih kurang 67.8 peratus daripada jumlah kes bunuh diri tahun berkenaan terdiri daripada mereka berusia 18 hingga 40 tahun.

    Ling (BN-Yong Peng) berkata daripada laporan kes bunuh diri, antara punca utama kejadian itu yang dikenal pasti ialah masalah dengan pasangan suami isteri, mengalami penyakit kronik, masalah mental dan kemurungan serta masalah kewangan.

    Mengenai Klinik Kesihatan Bergerak, beliau berkata inisiatif itu yang diperkenalkan menerusi Belanjawan Johor 2024, akan dilaksanakan secara berperingkat ke 56 kawasan DUN.

    Perkhidmatan yang akan ditawarkan, katanya ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan asas serta pergigian kepada seluruh rakyat Johor dengan peruntukan berjumlah RM1.3 juta.

    Ling berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Amira Aisya Abd Aziz (Muda-Puteri Wangsa) mengenai apakah tindakan konkrit yang diambil kerajaan Negeri dalam mengatasi kes bunuh diri di Negeri ini.

    ALSO READ:  Olympics-Swimming-Hunter becomes hunted as McKeown braces for charging Smith

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts