Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSarjan didakwa terima suapan bagi tutup kes cabul

    Sarjan didakwa terima suapan bagi tutup kes cabul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul.

    Nur Mastisha Maidinsha, 39, didakwa sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, telah secara rasuah bersetuju menerima wang berkenaan daripada pengadu pada dua tahun lalu.

    Dia membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan Nur Mastisha di IPK Kuala Lumpur pada jam 8 malam, 1 Okt 2022.

    Peruduhan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

    Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

    Terdahulu, Nurul Atiqah Mohamad Alias yang bertindak sebagai timbalan pendakwa raya mencadangkan ikat jamin RM2,000 berserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, selain melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran.

    Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu dibenarkan jaminan rendah dengan alasan dia telah digantung kerja selain mempunyai tanggungan dua anak.

    Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan.

    Mahkamah turut menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts