Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSarjan mengaku tak bersalah terima rasuah RM20,000

    Sarjan mengaku tak bersalah terima rasuah RM20,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM20,000 berhubung kes pecah amanah, dua tahun lepas.

    S.Usha Nanthiny, 35, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.

    Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak menahan isteri lelaki itu bagi kesalahan yang dilakukannya mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara dengan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Segamat setiap sebulan sekali.

    Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zander Lim Wai Keong manakala tertuduh yang juga ibu kepada dua anak itu diwakili peguam S.Selvantheran.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts