Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSatu aplikasi untuk semua bas di Lembah Klang akhir tahun ini

    Satu aplikasi untuk semua bas di Lembah Klang akhir tahun ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Satu aplikasi mudah alih akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini untuk menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang bagi membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih lancar dan efisien.

    Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin berkata aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas iaitu Rapid Bus, bas percuma GoKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bas Smart Selangor oleh kerajaan Selangor.

    “Kita sedang usahakan supaya nanti akan ada satu platform (aplikasi mudah alih) yang boleh nampak semua perkhidmatan bas. Sebagai contoh, aplikasi MyRapid PULSE mungkin akan datang boleh juga tengok laluan bas GoKL dan bas Smart Selangor selain daripada Rapid Bus,” katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita pada Hari Terbuka Rapid Bus 2023 di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Rapid Bus Mustafar Ali.

    Pada 12 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang supaya pengangkutan awam itu lebih berintegrasi dan mengelakkan pertindihan dari segi operasi laluan bas.

    Mengenai Hari Terbuka Rapid Bus julung kali itu, Muhammad Yazurin Sallij berkata penganjuran bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian pengangkutan awam itu terutama perkhidmatan bas Rapid KL.

    Antara aktiviti yang diadakan untuk pengunjung ialah sistem simulasi bas, lawatan ke depoh, forum dan pameran.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts