Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaya dukung perjuangan suci rakyat Palestin - Baljit Singh

    Saya dukung perjuangan suci rakyat Palestin – Baljit Singh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh mengutuk dengan keras serangan Israel ke atas Gaza, Palestin yang telah menyebabkan ribuan orang awam termasuk kanak-kanak tidak berdosa menjadi korban. Menurutnya, tindakan Israel yang kejam, memusnahkan rumah, sekolah, kemudahan, serta tempat ibadat, termasuk gereja, adalah biadab dan tidak bertanggungjawab.

    “Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar kemanusiaan, saya memberi sokongan serta dukungan sepenuh jiwa raga terhadap perjuangan suci rakyat Palestin dalam menuntut erti sebuah kebebasan dan nikmat kemerdekaan, setelah mereka sekian lama dizalimi dan dianiaya oleh rejim apartheid haram Israel,” kata Beljit dalam kenyataannya.

    Beljit menegaskan bahawa ini adalah perbuatan ‘genosida’ ke atas rakyat Palestin dan kita bertanggungjawab untuk menentangnya dengan semangat Malaysia dan nilai kemanusiaan sejagat.

    Selain itu, Beljit juga menyeru umat Islam di Malaysia untuk memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang mengapa Palestin, yang merupakan kiblat pertama mereka, perlu dipertahankan. Beljit berharap agar semua umat Islam memberikan pemahaman yang jelas kepada masyarakat bukan Islam, agar mereka memahami bahawa ini bukan sekadar peperanangan tetapi juga untuk mengajak mereka bersolidariti bersama Palestin.

    Beljit turut menyeru kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah drastik untuk menekan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar menghentikan kekejaman dan jenayah yang dilakukan oleh Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

    Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu menjadi lebih lantang dan berperananan dalam isu ini. Beljit juga menyebutkan bahawa semasa zaman Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, beliau pernah menulis surat kepada tiga pemimpin Israel sebagai tanda mengutuk tindakan negara itu terhadap rakyat Palestin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts