Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaya letak pen di bibir secara spontan, jelas Ikmal Hisham pada parlimen

    Saya letak pen di bibir secara spontan, jelas Ikmal Hisham pada parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz sekali lagi menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar dia meletakkan objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial, sebelum ini.
    Ikmal Hisham berkata demikian selepas menyerahkan surat penjelasan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengenai perkara itu hari ini.
    “Saya menafikan sekeras-kerasnya saya menghisap vape kerana saya bukan perokok, hisap vape dan apa yang saya pegang itu hanyalah sebatang pen. Bukan dihisap, pen itu diletakkan di bibir saya secara spontan seketika.
    “Sebab itu saya minta kepada Speaker Dewan Rakyat untuk kemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mana dengan CCTV ini akan membersihkan nama baik saya dan jika terbukti saya menghisap vape saya mohon pada Speaker tindakan tegas dikenakan terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan.
    Surat penjelasan itu diterima Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin Ikmal di Parlimen.
    Mengulas lanjut dakwaan itu, Ikmal Hisham turut berharap tindakan tegas diambil mengikut peraturan Dewan Rakyat terhadap jurugambar Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang telah memfitnahnya sekiranya terbukti dia tidak bersalah.
    Kata Ikmal Hisham, tindakan jurugambar terbabit jelas mencemari kemuliaan Dewan Rakyat.
    “Jika tuduhan jurugambar perdana Menteri terhadap saya tidak benar, saya minta Speaker mengambil tindakan kepada jurufoto itu di bawah peraturan mesyuarat 93,” katanya.
    Minta tindakan tegas terhadap jurugambar
    Selain itu dia turut mengesahkan tindakan saman terhadap jurugambar berkenaan telah bermula dan notis saman akan diserahkan Jumaat ini.
    “Dalam saman saya kepada jurugambar itu, saya meminta dia menurunkan posting yang dibuat di Twitter. Jelas dia telah membuat tuduhan jahat terhadap saya melalui postingnya itu.
    “Bagi saya ini satu jenayah, sebab tanpa usul periksa dia terus tuduh orang hisap vape. Vape ni ada asap, tapi yang ini tak ada asap.
    “Jika kita dapat rakaman CCTV, salinan gambar yang diambil kita dapat membuktikan saya tidak menghisap vape,” katanya.
    Tambah Ikmal Hisham, gambarnya itu mendapat tanda suka lebih sejuta pengguna media sosial, selain turut menerima komen negatif yang pastinya meninggalkan kesan tidak baik terhadap maruah dan nama baiknya.
    Pada 21 September lalu Ikmal Hisham didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat selepas gambarnya memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.
    Bagaimanapun Ikmal menafikan dakwaan itu dan menegaskan objek yang dimaksudkan adalah sebatang pen kerana dia tidak merokok mahupun hisap vape.
    Laporan polis turut dibuat oleh pegawai khasnya, Wan Mohd Faissol Ismail di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, sehari kemudian
    Pada 23 September lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid mengesahkan tiada unsur jenayah ditemukan dalam laporan yang dibuat terhadap jurugambar berkenaan oleh seorang pembantu Ikmal Hisham.
    Menurut Allaudeen, tiada siasatan dibuka berdasarkan laporan polis yang dikaitkan dengan gambar tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts