Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaya mungkin dipenjara lebih lama dari Najib, kata editor S’wak Report

    Saya mungkin dipenjara lebih lama dari Najib, kata editor S’wak Report

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Meskipun pihak berkuasa cuba menutup mulut media tempatan, tetapi ia tidak dapat menghalang seorang wartawan di UK daripada melaporkan berita terkini mengenai skandal mega 1MDB, yang kemuncaknya menyaksikan kejatuhan BN dan pemenjaraan Najib Razak.

    Enam tahun selepas pilihan raya bersejarah itu, pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata dia mungkin menghabiskan masa lebih lama di penjara Malaysia berbanding bekas perdana Menteri berkenaan.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang mengetuai PH dan menggunakan isu 1MDB untuk menang pilihan raya telah cuba menjarakkan diri daripada isu berkenaan tetapi ini gagal melindunginya daripada kritikan.

    Rewcastle-Brown memberi amaran keputusan membebaskan Najib dari penjara akan mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

    Menafikan dakwaan bahawa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan telah membiayainya, wartawan itu berkata dia meneruskan laporan mengenai skandal 1MDB untuk menyedarkan orang ramai bahawa ketiadaan perlindungan seperti ketelusan, media bebas serta semak dan imbang dalam koridor kuasa, membolehkan pemimpin korup mencuri berbilion-bilion daripada dana awam.

    Hasilnya, katanya, digunakan untuk bermewah-mewahan dan bukannya membantu rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan dan membangunkan negara secara mampan.

    “Sekiranya Najib dipindahkan dari penginapan penjaranya kepada tahanan rumah semata-mata selepas menjalani hukuman kurang daripada dua tahun yang sepatutnya dan sebelum menunggu kes jenayah yang lebih besar selesai, saya khuatir ia akan menimbulkan rasa marah dan putus asa di kalangan orang biasa yang menyedari betapa kerasnya hukuman yang dikenakan kepada golongan yang lebih rendah untuk kecurian yang agak kecil, biasanya lahir daripada kelaparan dan terdesak.

    “Ia juga akan menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, aakn dianggap sebagai negara di mana undang-undang tidak terpakai kepada kelas tertentu dan oleh itu keadilan tidak boleh dipercayai,” tambahnya.

    ALSO READ:  LGBT takut polis, enggan lapor jenayah keganasan - aktivis

    Minggu lalu, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah terhadap Najib selepas kes 1MDB selesai dibicarakan. Ia mengundang kemarahan penyokong bekas perdana Menteri itu yang mendakwa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam kes SRC International.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts