Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaya tak tanda tangan SD - Armizan

    Saya tak tanda tangan SD – Armizan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata dia juga tidak pernah didatangi mana-mana pihak bagi tujuan tersebut.

    “Saya tidak pernah tanda tangan apa-apa akuan berkanun (SD) dan tidak ada siapa dekati saya pun untuk tanda tangan SD,” katanya mengulas dakwaan GRS menyokong usaha menjatuhkan pentadbiran Anwar dengan menandatangani SD.

    Armizan yang juga anggota parlimen Papar berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan persiapan pelaksanaan SKDS 2.0 oleh syarikat bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini. 

    Terdahulu, penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin memdakwa pembangkang berjaya memperoleh 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

    Bagaimanapun, semakan terhadap dakwaan oleh penulis blog terbabit dan dokumen yang dipegangnya – mendapati terdapat percanggahan yang menjadi persoalan.

    Menurut kertas ketiga yang ditunjukkan oleh Raja Petra, penyokong SD termasuk 14 daripada BN (Umno 11, MCA 2, MIC 1).

    Senarai yang dikatakan itu juga mendakwa Muda, GPS, PBM, GRS, Warisan, dan tiga anggota parlimen Sabah akan turut menyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

    Selanjutnya senarai itu mendakwa tiga daripada lima anggota parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar telah menarik balik sokongan, menjadikan pembangkang mempunyai 123 sokongan.

    Bagaimanapun Armizan berkata sentimen sedemikian tidak patut lagi dimainkan kerana ia hanya akan merencatkan langkah negara menuju kemajuan. 

    “Bagi saya cukup-cukuplah. 

    “Kita tidak perlu diskusikan perkara ini, kita perlu (gunakan) masa yang ada untuk digunakan sepenuhnya bagi meneruskan agenda yang disasarkan.

    ALSO READ:  Pasukan petugas khas percepat asing kuasa AG, pendakwa raya

    “Sebagai pemimpin dari Sabah, saya fikir keprihatinan kita adalah kita melihat kepimpinan kerajaan Perpaduan sedia ada telah memberikan komitmen yang amat tinggi  dan macam-macam peranancangan antara kerajaan perpaduan dan kerajaan Negeri yang telah digariskan untuk menangani isu-isu legasi.

    “Dan saya yakin kita tidak akan melangkah ke belakang, kita tidak akan sendiri bertindak untuk menggagalkan peranancangan yang sedang digariskan.

    “Jadi, bergeraklah ke depan, selesaikan tempoh kerajaan yang sedia ada, selesaikan agenda yang telah diatur untuk kepentingan rakyat  dan sebagai GRS untuk kepentingan Sabah itu sendiri,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts