Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSaya tidak pernah ugut Zahid supaya bubar Umno - Dr Mahathir

    Saya tidak pernah ugut Zahid supaya bubar Umno – Dr Mahathir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa dia pernah memberitahu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan partinya. Namun, melalui satu kenyataan di Facebook, Mahathir menafikan bahawa dia pernah mengugut bahawa Zahid akan didakwa atas tuduhan rasuah sekiranya gagal berbuat demikian.

    Mahathir berkata bahawa dirinya sebenarnya mahu dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan Zahid. “Semasa perbicaraan Zahid Hamidi, dia mendakwa saya mengugutnya dan dirinya akan didakwa kecuali dia membubarkan Umno. Saya tidak mengulas dakwaan itu kerana saya fikir saya tidak sepatutnya mengulas perbicaraan berkenaan melainkan saya dipanggil untuk memberi keterangan. Tetapi saya tidak dipanggil. Sebaliknya peguam negara memutuskan untuk menawarkan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) yang bermakna mahkamah tidak dibenarkan memutuskan dakwaannya. Tetapi sebenarnya, dakwaan itu tidak sepenuhnya benar,” kata Mahathir.

    Katanya, Zahid datang menemuinya selepas Umno (BN) tewas pada Pilihan Raya ke-14 pada 2018. “Ketika itu beberapa ahli Umno termasuk Hamzah Zainudin eletak jawatan dalam parti dan menyertai Bersatu. Saya menjangkakan Zahid akan melakukan perkara sama. Tetapi dia bertekad mahu menghidupkan semula Umno. Saya beritahu dia Umno tidak boleh dihidupkan semula. Saya nasihatkan dia supaya bubarkan Umno. Setakat itu dakwaan Zahid adalah betul. Tetapi saya tidak ugut akan mendakwanya kerana menyelewengkan dana Yayasan Akal Budi. Saya tidak melakukannya kerana saya tidak tahu banyak tentang salah lakunya. Itu sesuatu yang akan dikaji oleh AG (Peguam Negara, Tommy Thomas),” kata Mahathir.

    Katanya, selepas didakwa Zahid, sekali lagi datang melawatnya semula. “Dia membawa fail tebal. Dia dakwa dia tidak bersalah dan fail itu akan membuktikannya. Saya hanya beritahu dia untuk tunjukkan fail itu kepada hakim. Saya beritahunya saya tidak ada kuasa untuk melakukan apa-apa untuknya dan dia menarik balik fail itu. Saya percaya peguam negara mahu pertuduhan dikenakan terhadapnya dan dia terpaksa menjawab di mahkamah. Peguam negara berhak untuk mendakwa sesiapa sahaja jika dia yakin ada kes. Pendapat PM tidak diperlukan,” kata Mahathir yang menjadi perdana dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi bermula 2018 hingga 2020.

    ALSO READ:  Hukuman mati dibatal, wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun

    “Saya harap saya dipanggil sebagai saksi untuk mengesahkan sama ada dakwaan Zahid itu benar atau tidak. Tetapi saya tidak dipanggil. Namun saya perlu jelaskan bahawa saya tidak pernah mengugut Zahid,” katanya.

    Ogos lalu, ketika perbicaraan, Zahid mendakwa bahawa pertuduhan jenayah terhadapnya adalah satu bentuk penganiayaan politik dan dia mendakwa bahawa dia berdepan dengan “ancaman” daripada Mahathir yang mendesaknya supaya membubarkan Umno. Dia juga memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa Mahathir memberitahunya supaya berpaling tadah menyertai Bersatu yang diterajuinya ketika itu atau akan menerima akibatnya. “Ketika itu, saya berjumpa dengan Dr Mahathir atas kapasiti saya sebagai presiden Umno, kerana ada yang beritahu saya bahawa dia mahu berjumpa dengan saya. Apabila saya berjumpa dengannya, dia meminta saya membubarkan parti dan melompat ke partinya atau menerima akibatnya. Saya percaya pertuduhan jenayah terhadap saya adalah berdasarkan ugutan ini,” kata Zahid di mahkamah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts